Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Sinabung Indonesia meletus

Letusan berlaku sekitar 12 minit; asap dan abu yang dimuntahkan Gunung Sinabung mencapai setinggi 4,500 meter ke udara dan tersebar seluas 1 km.

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Sinabung Indonesia meletus

Ledakan Gunung Sinabung di Indonesia pada 28 Jul 2021 (Gambar: AFP/Muhammad Iksan Ginting)

Diterbitkan : 28 Jul 2021 07:47PM Dikemas Kini : 28 Jul 2021 11:51PM

MEDAN: Gunung Sinabung di Indonesia meletus pada Rabu (28 Jul), memuntahkan abu dan asap tebal tinggi ke udara.

Letusan gunung berapi di Utara Sumatera itu berlangsung sekitar 12 minit, menurut sebuah agensi geologi tempatan.

"Bahan gunung berapi mencecah ketinggian 4,500 meter ke udara dan kekal buat masa agak lama," kata ketua pusat pemantau Sinabung agensi tersebut, Armen Putra, kepada AFP.

Gambar yang dikongsi oleh agensi itu menunjukkan kepulan asap tebal dan gelap dimuntahkan dari kawah.

Awan asap dan abu bergerak sejauh 1,000 meter dari puncak, menurut agensi itu lagi.

Tiada perintah pemindahan dikeluarkan kerana serpihan tidak sampai ke kawasan perkampungan terdekat dan tiada gangguan penerbangan di kawasan itu dilaporkan.

Namun pihak berkuasa telah mengarahkan orang ramai agar mengelakkan zon lingkungan 5 kilometer di sekitar kawah yang sudah dikosongkan sejak bertahun lalu apabila aktiviti gunung berapi mula menjadi lebih kerap.

Gunung berapi Sinabung, setinggi 2,460 meter itu, tidak aktif selama berabad-abad sebelum aktif semula pada 2010 dengan satu letusan yang membunuh dua orang.

Ia meletus sekali lagi pada 2013 dan kekal aktif sejak itu.

Pada tahun berikutnya ledakan membunuh sekurang-kurangnya 16 orang, sementara tujuh mati dalam letupan pada 2016.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan