Gunung Sinabung di Sumatera Utara meletus
Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi Selasa (2 Mac), mengeluarkan abu dan asap setinggi kira-kira 5,000 meter.

Gunung berapi Sinabung kembali meletus pagi 2 Mac. (Gambar: @medantoday/Instagram)
JAKARTA: Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi Selasa (2 Mac), mengeluarkan abu dan asap setinggi kira-kira 5,000 meter.
Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku pada jam 6.42 pagi waktu Indonesia Barat. Asap serta abu yang dimuntahkan menghala ke arah timur serta tenggara pulau Sumatera.
PVMBG meletakkan gunung Sinabung berketinggian 2,451 meter yang kembali aktif sejak 2010 itu berstatus siaga (berjaga-jaga) atau Tahap Tiga.
Gunung itu tidak pernah meletus sejak tahun 1600 tetapi mula kembali aktif pada 2010.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.