Skip to main content

Dunia

Gunung Semeru meletus enam kali, tahap amaran kekal tinggi

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Semeru meletus enam kali, tahap amaran kekal tinggi

Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Timur meletus pada 17 Disember 2022. (Gambar: Agus Harianto / AFP)

Diterbitkan : 21 Dec 2025 10:59PM Dikemas Kini : 21 Dec 2025 11:00PM
JAKARTA: Gunung Semeru di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak enam kali pada pagi Ahad (21 Dis) dengan kepulan abu mencapai ketinggian sehingga 1,200 meter dari atas puncaknya.

Terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang, gunung berapi itu, yang berada dalam fasa aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kini berada pada status amaran Tahap III, menurut agensi berita pemerintah Indonesia, Antara News.

“Satu letusan berlaku pada 5.46 pagi waktu tempatan Ahad (2246 GMT Sabtu), dengan ketinggian kepulan awan mengandungi abu yang diperhatikan mencecah 1,200 meter dari puncak,” kata Liswanto, pegawai di Pos Pemerhatian Gunung Semeru di Lumajang.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) menasihati orang ramai supaya mengelakkan sebarang aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam radius 13 kilometer dari puncak.

“Orang ramai juga dilarang melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah berikutan risiko terkena lontaran batu,” tambah Liswanto.

Menurut data pemantauan, ketinggian kepulan awan mengandungi abu berbeza-beza antara 500 meter hingga 1,200 meter.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita