Gunung Semeru di Jawa Timur meletus; muntahkan abu panas
Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Timur meletus pada 17 Disember 2022. (Gambar: Agus Harianto / AFP)
JAKARTA: Gunung Semeru yang terletak di wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak 16 kali pada Rabu (19 Apr) dan menghamburkan abu panas sejauh dua kilometer, menurut Pos Pemantauan Gunung Berapi Semeru.
“Letusan pertama bermula pada pukul 7.10 pagi dan kedua pada pukul 8.40 pagi, dengan tempoh 82 hingga 110 saat,” kata Pegawai Pos Pemantau Gunung Berapi Semeru Sigit Rian Alfian pada Rabu.
Status berjaga-jaga Gunung Semeru berada pada tahap ketiga tertinggi, lapor Xinhua.
Pihak berkuasa meminta orang ramai supaya terus berwaspada dan mengelakkan daripada menghampiri kawasan tenggara sepanjang 13 kilometer dan dalam radius lima kilometer di sekitar puncak untuk mengelakkan bencana.
Letusan Gunung Semeru pada Disember 2021 menyebabkan puluhan ribu orang melarikan diri dan meragut lebih 50 nyawa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.