Skip to main content

Dunia

Gunung Merapi muntahkan debu setinggi 6km dari puncaknya; amaran tertinggi dikeluarkan

Letusan Gunung Merapi di Indonesia memuntahkan debu setinggi 6km dari puncaknya, menurut pihak berkuasa Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Merapi muntahkan debu setinggi 6km dari puncaknya; amaran tertinggi dikeluarkan

(Gambar: Twitter/BPPTKG)

Diterbitkan : 03 Mar 2020 01:38PM Dikemas Kini : 03 Mar 2020 01:42PM

YOGYAKARTA, INDONESIA: Letusan Gunung Merapi di Indonesia memuntahkan debu setinggi 6km dari puncaknya, menurut pihak berkuasa Indonesia.

Gunung berapi itu terletak sekitar 30 kilometer dari bandar Yogyakarta di pulau Jawa.

Tiada korban jiwa dilaporkan, dan penghulu kampung memberitahu agensi berita Antara bahawa para penduduk masih melakukan aktiviti seharian meskipun Gunung Merapi meletus.

"Para penduduk sedang memantau keadaan, meskipun mereka masih melakukan aktiviti seharian seperti biasa,"kata penghulu kampung Klakah, Marwoto sambil menambah bahawa para pelajar masih ke sekolah dan para petani masih bekerja di ladang.

Gunung Merapi kali terakhir meletus pada 13 Feb tahun ini dan sejak 21 Mei 2018 diletakkan di bawah amaran ketiga tertinggi dalam sistem pemantauan gunung merapi yang memiliki empat tahap amaran.

Sumber : CNA/AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita