Gunung Merapi muntahkan debu setinggi 5km ke udara
Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi, hari ini (27 Mac) memuntahkan debu setinggi 5,000 meter ke udara dalam letusan kali kedua bulan ini.
Gunung Merapi. (Gambar: AFP)
JAKARTA: Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi, hari ini (27 Mac) memuntahkan debu setinggi 5,000 meter ke udara dalam letusan kali kedua bulan ini.
Debu dan pasir menyelubungi kawasan sejauh beberapa kilometer daripada kawah gunung berapi itu, yang terletak berhampiran Yogyakarta.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menaikkan tahap amaran Merapi.
Jurucakap Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Encik Agus Wibowo berkata tiada laporan kemusnahan diterima akibat letusan terbaru itu dan menggesa orang ramai supaya bertenang dan jangan cemas.
Merapi meletus awal bulan ini, memuntahkan kepulan asap dan debu setinggi 6,000 meter ke ruang udara yang menyelubungi Yogyakarta serta bandar berhampiran, Solo, dengan debu kelabu menyebabkan lapangan terbang terpaksa ditutup.
Letusan paling kuat Gunung Merapi sebelum ini pada 2010 mengorbankan lebih 300 nyawa dan menyebabkan 280,000 penduduk tempatan terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.
Ia juga adalah letusan paling ganas sejak 1930, yang meragut nyawa kira-kira 1,300 orang manakala satu lagi letusan pada 1994 mengorbankan sekitar 60 mangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.