Gunung Merapi muntahkan abu panas setinggi 2,000m
Gunung Merapi di daerah Jawa Tengah, Indonesia, memuntahkan abu panas tebal setinggi 2,000 meter ke arah barat daya.
Asap berlegar dari Gunung Merapi, gunung berapi paling aktif di Indonesia, pada 10 Dis 2021. (Gambar: Agung Supriyanto / AFP)
YOGJAKARTA: Gunung Merapi di daerah Jawa Tengah, Indonesia, memuntahkan abu panas tebal setinggi 2,000 meter ke arah barat daya.
Antaranews melaporkan Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), Hanik Humaida, dalam kenyataannya berkata kejadian itu berlaku pada jam 10.18 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB).
"Letusan berlaku pada amplitud 27 milimeter dan selama 158 saat," katanya.
Menurut beliau lagi, ketika letusan berlaku, angin di gunung itu berhembus ke arah timur.
Dalam pemerhatian antara 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi, gunung berapi yang dikategorikan sebagai aktif itu mengeluarkan lahar panas sebanyak tiga kali dengan longsoran maksimum 1,000 meter ke arah barat daya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.