Gunung Merapi meletus, ratusan larikan diri
Gunung Merapi. (Gambar: AP/Ranto Kresek)
YOGYAKARTA: Gunung Merapi meletus semalaman (10 Mac), memuntahkan laharnya sekali gus memaksa sekitar 250 penduduk melarikan diri ke tempat-tempat perlindungan sementara dan meninggalkan kawasan perkampungan dan bandar berhampiran diselimuti debu.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Gunung berapi di pulau Jawa itu meletuskan debu-debu panas sekurang-kurangnya tujuh kali sekitar tengah malam tadi. Batuan piroklas, iaitu campuran batu, lahar dan gas, mengalir laju sejauh lima kilometer, menurut jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Abdul Muhari, dalam satu kenyataan. Bunyi deruman boleh kedengaran sejauh beberapa kilometer.
Beliau berkata 253 penduduk dipindahkan ke tempat perlindungan sementara di kampung Glagaharjo and Umbulharjo di wilayah khas Yogyakarta dan daerah Klaten Jawa Tengah disebabkan bahaya gunung berapi berkenaan.
Penduduk-penduduk yang tinggal di lereng-lereng gunung itu dinasihatkan supaya berada sejauh tujuh kilometer dari bibir kawah dan harus sedar tentang bahaya lahar, menurut Agensi Geologi Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.