Skip to main content

Dunia

Gunung Merapi meletus lagi sembur asap dan debu 200 meter ke udara

Gunung berapi paling aktif di Indonesia meledak lagi pada Sabtu (27 Mar), menyembur kepulan asap tinggi ke udara dan memuntahkan lahar dan runtuhan di lerengnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Merapi meletus lagi sembur asap dan debu 200 meter ke udara

Gunung Merapi di Indonesia pada 27 Mac 2021 (Gambar: AP Photo/Slamet Riyadi)

Diterbitkan : 27 Mar 2021 09:18PM Dikemas Kini : 27 Mar 2021 09:20PM

YOGYAKARTA: Gunung berapi paling aktif di Indonesia meledak lagi pada Sabtu (27 Mar), menyembur kepulan asap tinggi ke udara dan memuntahkan lahar dan runtuhan di lerengnya.

Tiada korban jiwa dilaporkan.

Runtuhan batu berlaku di lereng Gunung Merapi sebelum subuh dan kepulan abu panas menyembur 200 meter ke udara ketika gunung itu bergegar, kata Hanik Humaida, ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Yogyakarta.

Gunung berapi itu memuntahkan kepulan asap panas sekurang-kurangnya lapan kali sejak pagi serta aliran piroklastik - campuran batu, serpihan, lahar dan gas - yang mencapai hampir 2 kilometer di lerengnya, kata Cik Humaida.

Gunung berapi setinggi 2,968 meter itu terletak di pulau Jawa yang padat penduduknya dekat kota lama Yogyakarta. Ia adalah yang paling aktif daripada puluhan gunung berapi Indonesia dan sudah berkali-kali meletup baru-baru ini.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia menasihatkan penduduk kampung yang tinggal di lereng Merapi supaya mengekalkan jarak 5 kilometer dari kawahnya dan awas terhadap bahawa lahar.

Letupan besar Merapi kali terakhir adalah pada 2010, menyebabkan 347 kematian.

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita