Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Merapi di Indonesia sembur abu setinggi 2,000 meter

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Merapi di Indonesia sembur abu setinggi 2,000 meter

(Gambar: CCTV BPPTKG - Badan Geologi)

Diterbitkan : 02 Dec 2023 05:57PM Dikemas Kini : 02 Dec 2023 06:31PM
JAKARTA: Gunung Merapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta menyemburkan abu gunung berapi menyebabkan hujan abu di Boyolali dan Magelang pada Jumaat (1 Dis).

Letusan abu itu berlaku sebanyak dua kali iaitu pada pukul 7.27 malam dan 7.47 malam (waktu tempatan) yang mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung, menurut pusat pemantauan gunung berapi negara, PVMBG.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan Desa Selo di Boyolali dan Desa Sawangan di Magelang turut terkesan akibat hujan abu itu.

Ketua Desa Klakah, Marwoto, yang mengesahkan kejadian itu memberi jaminan bahawa situasi adalah terkawal. 

Sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa tempatan mengedarkan pelitup muka dan mengarahkan Pasukan Amaran Kampong yang siap sedia untuk diaktifkan dan menjalankan rondaan. 

Gunung Merapi mula menunjukkan peningkatan aktiviti gunung berapi sejak 11 Mei 2018 dan berada dalam status berjaga-jaga sejak 5 November 2020.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan