Gunung Merapi di Indonesia meletus, keluarkan aliran lahar
Gunung paling aktif di Indonesia meletus pada Rabu (27 Jan), memuntahkan lahar dan awanan debu sejauh 1,500 meter dari cerunnya.
(Gambar: AP)
YOGYAKARTA, Indonesia: Gunung paling aktif di Indonesia meletus pada Rabu (27 Jan), memuntahkan lahar dan awanan debu sejauh 1,500 meter dari cerunnya.
Ia merupakan jarak aliran lahar terpanjang Gunung Merapi sejak pihak berkuasa menaikkan tahap bahaya gunung itu pada November, kata Hanik Humaida, ketua Pusat Volkanologi dan Kawalan Bencana Geologi Yogyakarta.
Tahap amaran dikekalkan buat masa ini di paras kedua tertinggi, katanya, dan orang ramai harus menjauhi zon bahaya sepanjang lima kilometer di sekitar kawah gunung sedang pentadbiran tempatan di wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta memantau situasi itu dengan teliti.
Gunung setinggi 2,968 meter itu terletak di pulau Jawa yang pesat dengan penduduk, dekat Yogyakarta. Ia merupakan gunung yang paling aktif dalam kalangan puluhan gunung di merata Indonesia dan ia sudah berkali-kali meletus dan memuntahkan lahar dan kepulan asap baru-baru ini.
Gunung Merapi kali terakhir meletus pada 2010 menyebabkan 347 kematian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.