Gunung Merapi di Indonesia meletus, hamburkan abu setinggi 6 kilometer
Gunung Merapi di Indonesia, salah satu gunung berapi paling aktif di dunia, meletus sebanyak dua kali pada Ahad (21 Jun) dan menghamburkan kepulan asap kelabu setinggi 6,000 meter ke udara, menurut agensi kaji bumi negara itu.
Gunung Merapi di Indonesia adalah antara gunung berapi paling aktif di dunia (Gambar: AFP)
JAKARTA: Gunung Merapi di Indonesia, salah satu gunung berapi paling aktif di dunia, meletus sebanyak dua kali pada Ahad (21 Jun) dan menghamburkan kepulan asap kelabu setinggi 6,000 meter ke udara, menurut agensi kaji bumi negara itu.
Kedua-dua ledakan berlangsung sekitar tujuh minit, menurut agensi itu dan menyebabkan pihak berkuasa tempatan mengarahkan para penduduk agar tidak memasuki zon larangan 3 kilometer mengelilingi kawah gunung berapi berdekatan Yogyakarta itu.
Agensi tersebut tidak menaikkan tahap amaran gunung berapi selepas ledakan-ledakan itu, namun menasihati pesawat-pesawat komersil supaya berhati-hati di kawasan itu.
Media tempatan melaporkan para penduduk di kawasan berhampiran termasuk Sleman dan Klaten mendengar bunyi deruman yang kuat pagi ini.
Ledakan besar terakhir Gunung Merapi pada 2010 meragut leibh 300 nyawa dan memaksa lebih 280,000 penduduk berdekatan untuk dipindahkan.
Ia merupakan ledakan paling kuat dialaminya sejak 1930, apabila sekitar 1,300 orang terkorban, manakala satu lagi letusan pada 1994 meragut sekitar 60 nyawa.
Indonesia mempunyai lebih 17,000 pulau dan pulau kecil serta hampir 130 gunung berapi aktif.
Indonesia terletak dalam "Lingkaran Api" Pasifik, sebuah kawasan geologi tidak stabil di mana geseran plat tektonik bumi menyebabkan gempa bumi dan kegiatan gunung berapi secara kerap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.