Gunung Mayon meletus: Jumlah penduduk dipindahkan naik lebih 74,000 orang
Lebih 74,000 orang dipindahkan sedang Gunung Mayon di Filipina terus memuntahkan lahar panas dan asap tebal.
FILIPINA: Lebih 74,000 orang dipindahkan sedang Gunung Mayon di Filipina terus memuntahkan lahar panas dan asap tebal.
Tahap amaran kekal di tahap empat daripada tahap lima yang tertinggi, membayangkan letusan besar mungkin berlaku tidak lama lagi.
Semburan lahar mencapai 150 meter dari kawah Mayon, pagi tadi (25 Jan).
Mujur belum ada laporan tentang kecederaan tetapi pihak berkuasa sangat prihatin operasi kecemasan mungkin berpanjangan berbulan-bulan lamanya.
Gunung Mayon menjadi semakin aktif sejak seminggu lalu dan jumlah penduduk yang dipindahkan sudah bertambah dengan banyaknya.
Ramai terpaksa bersempit di kawasan perlindungan yang terhad.
Berdasarkan rekod, keadaan yang tidak menentu itu mungkin berlanjutan dua hingga empat bulan.
Ini memberikan tekanan tambahan ke atas pihak berkuasa untuk mengurangkan kesannya ke atas sekolah-sekolah yang menjadi tempat perlindungan sementara dan pada masa yang sama memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.