Skip to main content

Dunia

Gunung Marapi meletus, sembur abu setinggi 600 meter

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Marapi meletus, sembur abu setinggi 600 meter
Letusan Gunung Marapi direkodkan pada seismogram dengan amplitud maksimum 30.2 milimeter dan berlangsung selama kira-kira 34 saat. (Gambar: BERNAMA)
Diterbitkan : 06 Feb 2026 08:14AM Dikemas Kini : 06 Feb 2026 08:15AM
  • Gunung Marapi di Sumatra Barat, Indonesia, meletus dua kali pada Khamis, menurut Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Berapi, Teguh Firmansyah.
  • Letusan pertama berlaku pada 11.27 pagi tetapi ketinggian abu tidak dapat dilihat kerana awan, manakala letusan kedua pada 6.19 petang menyemburkan abu setinggi 600 meter.
  • Kedua-dua letusan direkodkan melalui seismogram dengan amplitud maksimum masing-masing 25.9 dan 30.2 milimeter serta berlangsung selama 25 hingga 34 saat.
  • Status Gunung Marapi kekal pada Tahap II (waspada) selepas kejadian tersebut.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Gunung Marapi Indonesia yang terletak di Wilayah Sumatra Barat meletus pada petang Khamis (5 Feb), menyemburkan abu setinggi 600 meter dari puncak gunung tersebut.

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Berapi (PGA), Teguh Firmansyah berkata letusan berlaku pada 6.19 petang waktu tempatan, dengan kepulan abu dilihat bergerak ke arah timur laut.

“Letusan itu direkodkan pada seismogram dengan amplitud maksimum 30.2 milimeter dan berlangsung selama kira-kira 34 saat,” katanya berdasarkan laporan Agensi Berita ANTARA.

Awal dari itu pada 11.27 pagi, PGA turut melaporkan bahawa gunung berapi itu meletus, namun ketinggian semburan abu tidak dapat diperhatikan kerana dilitupi awan.

Letusan tersebut berlangsung selama kira-kira 25 saat dengan amplitud maksimum 25.9 milimeter.

Setakat ini, Gunung Marapi kekal pada status Tahap II (waspada).
 
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita