Skip to main content

Dunia

Gunung Lewotobi meletus; amaran dinaikkan ke tahap tertinggi

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Lewotobi meletus; amaran dinaikkan ke tahap tertinggi

Gambar fail Gunung Berapi Lewotobi. (Gambar: ARNOLD WELIANTO / AFP)

Diterbitkan : 21 Mar 2025 01:24PM Dikemas Kini : 21 Mar 2025 01:29PM
JAKARTA: Gunung Lewotobi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus lewat Khamis (20 Mac) malam dan berlanjutan hingga pagi Jumaat, menyebabkan pihak berkuasa menaikkan status amaran ke tahap tertinggi.

Menurut laporan Xinhua, letusan itu menghamburkan abu setinggi 8,000 meter sebelum tengah malam Khamis, dengan asap kelabu kehitaman tersebar ke arah barat daya dan barat.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi menaikkan status amaran gunung berapi itu ke tahap IV, iaitu tahap amaran tertinggi sejak Khamis.

Notis Pemerhatian Gunung Berapi untuk Penerbangan (VONA) juga dikeluarkan pada tahap merah, melarang pesawat daripada melakukan penerbangan di bawah ketinggian 6,000 meter di sekitar kawasan itu.

Pesawat juga dinasihatkan untuk berwaspada terhadap abu gunung berapi yang boleh mengganggu penerbangan.

Sejak Khamis, zon bahaya telah diperluaskan dengan radius sekitar kawah meningkat dari tujuh kepada lapan kilometer di bahagian barat daya dan barat laut, manakala kawasan lain diperluaskan dari lima kepada tujuh kilometer.

Penduduk di kawasan terjejas juga disarankan memakai pelitup muka untuk melindungi diri daripada masalah berkaitan pernafasan.

Gunung Lewotobi, dengan ketinggian 1,584 meter merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia.
Sumber : CNA/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita