Gunung Lewotobi Laki-Laki di Indonesia Timur meletus 2 kali dalam sehari
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/GEOLOGICAL AGENCY OF INDONESIA)
JAKARTA: Gunung berapi Lewotobi Laki-Laki di Indonesia Timur meletus sebanyak dua kali pada Sabtu (29 Jun) dan turut membebaskan debu tebal ke permukaan udara.
Letusan pertama selama hampir 11 minit dilaporkan berlaku pada pukul 11.04 pagi (waktu tempatan), disusuli kejadian kedua selama lebih 10 minit pada pukul 2.41 petang hingga memuntahkan bahan vulkanik setinggi 900 meter dari permukaan kawah, lapor Sinar Harian.
"Pengunjung dan penduduk sekitar Lewotobi Laki-Laki dilarang berada di dalam zon lingkungan tiga kilometer dari pusat letusan tersebut," ujar Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana (PVMBG) negara itu dalam satu kenyataan.
Difahamkan, ia terletak di destinasi pelancongan popular di Pulau Flores dan pernah meletus beberapa kali sejak Januari lalu, hingga menyebabkan pihak berkuasa menaikkan tahap status amaran tertinggi serta memindahkan kira-kira 2,000 penduduk.
Pihak berkuasa kini meletakkan ancaman Lewotobi Laki-Laki pada tahap kedua tertinggi.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.