Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, sembur abu sejauh 10km
Letusan Gunung Lewotobi Laki-laki pada Jumaat, 1 Ogos 2025, menghasilkan abu vulkanik setinggi 10 km dari puncak. (Gambar: Agensi Geologi Indonesia/AFP)
JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-Laki di Indonesia meletus pada Jumaat (1 Ogos), menyemburkan abu sehingga kira-kira 10 kilometer (km) dari puncaknya, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG).
Ketinggian awan abu dari paras laut melebihi 11.5 km.
Tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa diterima setakat ini.
Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk tempatan dan pelancong supaya berada pada jarak sekurang-kurangnya enam hingga tujuh km dari gunung berapi itu.
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan puluhan lagi cedera berikutan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki pada November lalu.
Gunung setinggi 1,584 meter (5,197 kaki) itu turut meletus pada Mac dan Julai lalu namun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.