Gunung Ibu meletus, muntahkan lahar dan asap
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Gunung Ibu di timur Indonesia meletus pada Sabtu (11 Jan), dengan mengeluarkan lahar, asap dan abu empat kilometer ke udara, kata seorang pegawai.
Gunung berapi yang terletak di pulau Halamahera di wilayah Maluku Utara meletus pada pukul 7.45 malam waktu tempatan.
"Lahar dari gunung itu boleh dilihat dua kilometer dari lokasi letusan,: kata Menurut Ketua Agensi Geologi Indoneisa, Muhammad Wafid dalam satu kenyataan.
Status gunung berapi tersebut masih berada di tahap berjaga-jaga kedua tertinggi.
Tiada arahan pemindahan baharu dikeluarkan, namun pelawat dan penduduk kampung diberitahu untuk mengosongkan zon empat hingga 5.5 kilometer dari puncak.
Agensi tersebut juga menggalakkan orang ramai untuk memakai pelitup muka dan cermin mata pelindung sekiranya berlaku
hujan abu gunung berapi.
Gunung Ibu merupakan salah satu gunung berapi aktif di Indonesia, selepas ia meletus lebih 2,000 kali tahun lalu.
Menurut angka rasmi, lebih 700,000 penduduk menetap di pulau Halmahera setakat 2022.

Sumber : AFP/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.