Gunung Ibu di Indonesia meletus, muntahkan kepulan abu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Handout / INDONESIAN GEOLOGICAL AGENCY / AFP)
JAKARTA: Gunung Ibu, sebuah gunung berapi di Indonesia meletus pada Selasa (4 Jun), memuntahkan kepulan abu setinggi lima kilometer ke udara.
Demikian menurut agesi volkanologi negara itu, sambil menambah bahawa tiada laporan pemindahan segera.
Gunung berapi yang terletak di bahagian timur pulau Halmahera itu meletus pada jam 5.36 pagi selama sekitar dua minit, menurut pegawai agensi PVMB Heruningtyas Desi Purnamasari. Kesemua aktiviti sekitar tujuh kilometer dari kawah turut dilarang.
Cik Heruningtyas berkata: "Gunung berapi itu aktif baru-baru ini kerana terdapat pergerakan magma yang kuat." Beliau menambah bahawa status amaran berada di tahap yang tertinggi sejak 16 Mei lalu.
Rakaman yang dikongsi agensi itu menunjukkan gunung berapi berkenaan memuntahkan abu yang tebal dan berwarna kelabu ke langit, berikutan letusan yang lebih kecil pada Isnin (3 Jun).
Ini merupakan kejadian terbaharu dalam siri letusan sejak Mei lalu yang mendorong pihak berkuasa untuk memindahkan tujuh kampung berhampiran. Namun, agensi bencana menyatakan bahawa letusan pada Selasa tidak menyebabkan pemindahan baharu.
Indonesia menangani gunung yang dinamakan "Cincin Api" Pasifik itu, sebuah kawasan yang mempunyai aktiviti seismik tinggi yang menemukan pelbagai plat tektonik.
Bulan lalu, letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara memuntahkan lava, dan menyebabkan lebih 12,000 penduduk dipindahkan.
Banjir kilat dan lava sejuk yang mengalir daripada Gunung Marapi, antara gungun berapi yang paling aktif di Sumatra Barat, turut menyebabkan kematian lebih 60 orang. Beberapa kawasan berhampiran juga ditenggelami berikutan hujan lebat pada 11 Mei.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.