Skip to main content

Dunia

Gunung Etna di Itali meledak, ruang udara ditutup

Gunung berapi Etna meletus pada Isnin (24 Dis), memuntahkan abu ke udara sedang beberapa gempa kecil menggegarkan rantau tersebut. Ini menyebabkan sebahagian ruang udara Sicily di sekitar gunung itu ditutup.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Dec 2018 10:34AM Dikemas Kini : 25 Dec 2018 11:59PM

ROME: Gunung berapi Etna meletus pada Isnin (24 Dis), memuntahkan abu ke udara sedang beberapa gempa kecil menggegarkan rantau tersebut. Ini menyebabkan sebahagian ruang udara Sicily di sekitar gunung itu ditutup.

Institut geofizik dan kajian gunung berapi nasional Itali (INGV) melaporkan lebih 130 gegaran seismik di zon itu, dengan yang paling kuat mencecah 4.0 pada skala Richter.

"Letusan berlaku di lereng Etna," kata Boris Behncke, pakar gunung berapi di INGV, kepada AFP. "Ia letusan lateral pertama dalam lebih 10 tahun, tetapi ia tidak kelihatan berbahaya."

Disebabkan jarak penglihatan yang terjejas teruk akibat abu, pihak berkuasa menghadkan penggunaan ruang udara tempatan, membenarkan hanya empat pendaratan sejam pada Isnin petang di lapangan terbang timur Sicily, Catania.

Tidak dapat dipastikan sama ada letusan gunung tersebut tuurt memuntahkan lahar kerana jarak penglihatan masih terbatas, Kata Encik Behncke.

Namun kedua-dua gegaran seismik dan kepulan abu seperti berkurangan pada sebelah petang, tambah beliau.

Gunung Etna, dengan ketinggian 3,300 meter, adalah gunung berapi aktif terbesar di Eropah, dengan letusan sering dirakam sepanjang tempoh 2,700 tahun lalu.

Letusan terbaru berlaku pada musim bunga 2017 dan ledakan besar terakhir berlaku pada musim sejuk 2008/2009.

Pada akhir bulan Mac, satu kajian yang diterbitkan dalam Buletin Volkanologi menyatakan bahawa Etna sedang bergerak perlahan-lahan ke arah Mediterranean - pada kadar tetap 14 milimeter setahun.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita