Gunung Dukono meletus di Maluku Utara, Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Dukono di Kabupaten Halmahera Utara muntahkan abu vulkanik setinggi 800 meter pada 10 Ogos 2025. (Gambar: ANTARA)
TERNATE: Jabatan Pemantauan Gunung Api Dukono di daerah wilayah Maluku Utara Indonesia pagi Ahad (10 Ogos) melaporkan letusan Gunung Dukono, dengan abu disembur setinggi 800 meter dari puncak gunung.
Letusan itu terjadi sekitar pukul 7.25 pagi.
Menurut pegawai Bambang Sugiono, asap tebal berwarna putih hingga kelabu dapat dilihat bergerak ke arah Barat Laut.
Buat masa ini, status gunung api setinggi 1.087 meter dari permukaan laut itu masih berada pada Tahap 2 atau Waspada.
Oleh itu, penduduk di sekitar Gunung Dukono dan pengunjung dinasihatkan supaya jangan melakukan kegiatan mendaki, atau mendekati Kawah Malupang Warirang iaitu sekitar 4 kilometer sekeliling gunung berapi tersebut.
Beliau menambah bahawa letusan boleh berlaku pada bila-bila masa dan serpihan debu boleh disembur mengikuti arah dan kelajuan angin.
Maka itu, kawasan di mana serpihan letusan bertaburan tidak dapat ditetapkan.
Beliau juga menasihatkan orang ramai yang berada di sekitar Gunung Dukono supaya selalu menyediakan pelitup agar tidak menjejas pernafasan.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.