Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Gunung Dukono, yang terletak di wilayah Maluku Utara, timur Indonesia meletus pada Selasa (26 Nov), sekali gus mencetuskan amaran penerbangan, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi negara itu, lapor Xinhua.

Letusan itu berlaku pada pukul 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara. Awan itu dikesan bergerak ke arah barat laut gunung berkenaan.

Pesawat dilarang terbang pada ketinggian di bawah lima kilometer di sekitar kawasan gunung berapi yang terletak di Pulau Halmahera. Notis Balai Cerap Gunung Berapi berwarna oren untuk status penerbangan telah dikeluarkan.

Pendaki dan penduduk dilarang sama sekali melakukan aktiviti dalam radius tiga kilometer dari kawah manakala penduduk dinasihatkan sentiasa memakai pelitup muka.

Gunung Dukono setinggi 1,087 meter dari paras laut, merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan