Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Bulusan antara gunung berapi paling aktif di Filipina meletus lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Bulusan antara gunung berapi paling aktif di Filipina meletus lagi

(Gambar ihsan: Mylene Ganton Sierra/AFP)

MANILA: Gunung berapi yang terletak kira-kira 600 kilometer ke tenggara ibu negara Filipina memuntahkan debu pada pagi Ahad (12 Jun), seminggu selepas kejadian sama berlaku yang memaksa pihak berkuasa meningkatkan tahap amaran ke tahap satu dan memindahkan penduduk.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina memaklumkan pihaknya mengesan satu lagi letusan melibatkan Gunung Berapi Bulusan di wilayah Sorsogon pada 3.37 pagi Ahad (12 Jun), lapor agensi berita Xinhua.

"Letusan itu berlaku selama 18 minit berdasarkan rekod seismik, tetapi tidak kelihatan dalam monitor kamera," menurut institut itu.

Pada 5 Jun, pihak berkuasa memindahkan lebih 200 penduduk yang tinggal berhampiran selepas ia mengeluarkan kepulan asap setinggi satu kilometer.  

Tahap amaran gunung berapi itu kekal satu pada skala lima, bermakna gunung berapi itu masih "berbahaya."

Institut itu menggesa orang ramai supaya menjauhi "zon bahaya" sepanjang empat kilometer dan menasihatkan juruterbang supaya tidak melakukan penerbangan dekat dengan puncak gunung berapi.

Gunung Berapi Bulusan merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina.

Pada Januari 2018, gunung berapi itu memuntahkan abu setinggi kira-kira 2.5 kilometer.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan