Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung berapi Taal: tahap amaran kekal Tahap 4

Tahap amaran letupan gunung berapi Taal di Filipina terus dikekalkan pada Tahap 4.

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung berapi Taal: tahap amaran kekal Tahap 4

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Jan 2020 05:45PM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 05:49PM

BATANGAS, FILIPINA: Tahap amaran letupan gunung berapi Taal di Filipina terus dikekalkan pada Tahap 4.

Pakar-pakar memberi amaran gunung berapi itu berisiko mencetuskan letupan kuat dengan memuntahkan batu-batu dan magma yang sangat membahayakan.

Amaran berlakunya tsunami di kawasan tasik berdekatan, juga dikeluarkan.

Sehingga 44,000 penduduk sudah melarikan diri dari zon merbahaya di sekitar gunung Taal untuk mencari perlindungan di 200 pusat perlindungan.

Bagaimanapun sejumlah kecil penduduk dibenarkan pulang ke rumah mereka.

Walaupun Gunung Berapi Taal terus memuntahkan debu dan lahar pakar-pakar kaji bumi sendiri tidak pasti bila letusan besar akan berlaku. 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan