Gunung berapi Shinmoedake di Jepun meletus
Gunung berapi Shinmoedake yang terletak di banjaran gunung di sempadan wilayah Kagoshima dan Miyazaki, Jepun, meletus pada Ahad (22 Jun), menandakan letusan pertamanya sejak 2018, lapor Xinhua.
Gunung berapi Shinmoedake meletus pada 22 Jun 2025. (Gambar: REUTERS)
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) melaporkan letusan berlaku sekitar 4.37 petang waktu tempatan, dengan kepulan abu mencecah lebih 500 meter di atas kawah.
Asap itu bergerak ke arah timur menuju wilayah Miyazaki, dan setakat ini tiada batu gunung berapi yang disahkan jatuh, menurut penyiar nasional NHK.
Amaran gunung berapi Tahap Dua, menghadkan kemasukan berhampiran kawah, kekal berkuat kuasa di kawasan berkenaan.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai berwaspada dalam radius dua kilometer daripada kawah kerana risiko batu gunung berapi besar.
Penduduk dinasihatkan supaya terus berwaspada kerana abu dan batu kecil mungkin dibawa angin pada jarak jauh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.