Gunung berapi Semeru meletus, keluarkan awan panas
Gunung berapi Semeru di Daerah Lumajang, Wilayah Jawa Timur meletus pada Sabtu (4 Dis), sekitar pukul 3.20 petang waktu Indonesia barat.
JAKARTA: Gunung berapi Semeru di Daerah Lumajang, Wilayah Jawa Timur meletus pada Sabtu (4 Dis), sekitar pukul 3.20 petang waktu Indonesia barat.
Gunung berketinggian 3,676 meter itu mengeluarkan hujan dan banjir abu di sekitar Kampung Sumberwuluh menyebabkan penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi melaporkan guguran abu meliputi jarak 500 sehingga 800 meter dari pusat letusan.
Menurut jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana, Abdul Muhari penduduk digesa supaya tidak melakukan aktiviti di sepanjang sungai daerah berkenaan.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.