Skip to main content

Dunia

Gunung berapi Semeru, Indonesia meletus lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung berapi Semeru, Indonesia meletus lagi

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Apr 2026 10:22AM Dikemas Kini : 08 Apr 2026 10:40AM
JAKARTA: Gunung Semeru yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia, meletus sekali lagi pada Selasa (7 Apr), memuntahkan awan panas besar ke udara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, lapor Xinhua.

Gunung berapi itu kekal pada peringkat amaran Tahap 3, iaitu tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat negara itu.

Letusan pada pukul 5.30 petang waktu tempatan menyebabkan abu melambung setinggi kira-kira 2,000 meter di atas kawah, dengan asap tebal berwarna kelabu bergerak ke arah timur laut dan timur. Seismograf mencatatkan kejadian itu berlangsung lebih tujuh minit.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan segera dilaporkan, tetapi pihak berkuasa memberi amaran bahawa pengumpulan sisa gunung berapi di bahagian cerun boleh mencetuskan aliran puing atau lahar sekiranya hujan lebat berlaku.

Kejadian ini menyusuli kegiatan gunung itu pada Isnin, di mana beberapa letusan berasingan dicatatkan.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita