Gunung berapi New Zealand meletus, 20 dikhuatiri cedera, 1 parah
Sekurang-kurangnya 20 orang dikhuatiri cedera, seorang daripadanya parah apabila gunung berapi White Island di New Zealand tiba-tiba meletus hari ini (9 Dis).

(Gambar: Twitter/zurraspismo)
WELLINGTON: Sekurang-kurangnya 20 orang dikhuatiri cedera, seorang daripadanya parah apabila gunung berapi White Island di New Zealand tiba-tiba meletus hari ini (9 Dis).
Pihak berkuasa bergegas merawat mereka yang cedera dan bimbang dengan keselamatan sekumpulan pendaki yang berada di kawah gunung itu.
Perdana Menteri Jacinda Ardern, berkata letusan gunung berapi di pulau yang juga dikenali sebagai Whakaari itu berlaku ketika sekumpulan pelancong berada di kawasan itu.
Namun jumlah sebenar yang terlibat masih belum dapat dipastikan
Polis menyatakan letusan berlaku sekitar jam 2.11 petang waktu tempatan dan terdapat sekitar 50 orang di kawasan berhampiran, kurang daripada 100 yang dianggarkan sebelumnya.
"Sebilangan pengunjung sudah dibawa keluar dari pulau itu, namun masih ada beberapa lagi yang tidak diketahui nasib mereka,"menurut polis dalam satu kenyataan.
"Antara mereka yang dipindahkan, ada sekurang-kurangnya yang cedera parah."
Menurut khidmat ambulans St John ada sehingga 20 orang yang dikhuatiri cedera.
"Khidmat kecemasan sedang bergegas untuk membawa mereka keluar dari pulau tersebut untuk mendapatkan rawatan di hospital," kata datuk bandar Whakatane Judy Turner kepada AFP.
Beberapa kamera yang menyiarkan secara langsung pemandangan gunung berapi itu menunjukkan sekumpulan pengunjung berjalan di kawah sebelum imej menjadi gelap apabila letusan berlaku.
Agensi Pengurusan Bencana berkata, letusan sederhana berlaku di White Island dan kawasan sekitar gunung berapi itu diletakkan dalam keadaan bahaya.
Beberapa helikopker dan pesawat di lihat terbang di raung udara di kawasan itu dengan beberapa orang yang terselamat dibawa keluar dari pulau menggunakan bot pelancong.
Agensi pelancongan membenarkan seramai 10,000 pengunjung ke gunung berapi itu setiap tahun.
White Island pernah meletus pada 2016, namun hanya buat seketika dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.