Gunung berapi Mayon cetus ancaman letusan, ribuan penduduk Filipina diarah berpindah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
MANILA: Pihak berkuasa Filipina mula memindahkan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Mayon, iaitu gunung berapi paling aktif di negara itu.
Arahan pindah itu dikeluarkan ketika pihak berkuasa percaya ancaman letusan berupaya membahayakan nyawa penduduk.
Menurut Pejabat Penerangan Wilayah Albay, kira-kira 2,400 keluarga atau 10,000 penduduk perlu mengosongkan zon bahaya.
Gabenor Albay, Edcel Greco Lagman, berkata pihaknya mahu mengekalkan rekod sifar mangsa di wilayah itu dan berharap dapat memindahkan lebih ramai penduduk ke tempat lebih selamat.
Pihak berkuasa kini memantau rapi cahaya kawah cerah dan batuan pijar dari aliran lahar baru di puncak gunung berapi Mayon.
Sejak Jumaat (9 Jun), Mayon, yang terletak di wilayah timur Albay dan terkenal dengan bentuk kerucut sempurna, menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina menyatakan Mayon diletakkan pada tahap amaran ketiga tertinggi di mana letusan berbahaya mungkin berlaku dalam beberapa minggu atau hari.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.