Gunung berapi Kanlaon di Filipina sembur abu setinggi 3km ke udara
Sebuah gunung berapi di bahagian tengah Filipina meletus awal pagi Selasa (13 Mei), menyembur abu setinggi kira-kira 3km ke udara.

Seorang penduduk berdiri berhampiran rumahnya berdekatan gunung berapi Kanlaon di La Castellana, daerah Negros Occidental di tengah Filipina pada 4 Jun 2024. (Gambar fail: AFP/Ferdinand Edralin)
Gunung Berapi Kanlaon, salah satu daripada 24 gunung berapi aktif di negara Asia Tenggara itu, telah mengalami beberapa letusan sejak seabad lalu - yang terbaharu berlaku pada bulan lalu.
Amaran tiga peringkat - daripada skala lima tahap - yang dikuatkuasakan semasa letusan pada Disember lalu kekal tidak berubah pada Selasa (13 Mei), apabila para pegawai mengumumkan radius pemindahan seluas 6km.
"Letusan sederhana berlaku di kawah Gunung Berapi Kanlaon pada pukul 2.55 pagi hari ini," menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina dalam kenyataannya, sambil menambah bahawa ia berlarutan selama lima minit.
"Letusan itu mencetuskan kepulan asap berwarna kelabu setinggi kira-kira 3km sebelum menuju ke bahagian barat," menurut kenyataan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.