Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung berapi Io di Jepun meletus buat kali pertama dalam 250 tahun

Gunung berapi Io di Pulau Kyushu, Jepun meletus buat pertama kalinya dalam 250 tahun dan menyemburkan asap tebal serta batu panas.

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung berapi Io di Jepun meletus buat kali pertama dalam 250 tahun
Diterbitkan : 20 Apr 2018 10:29PM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 10:34PM

JEPUN: Gunung berapi Io di Pulau Kyushu, Jepun meletus buat pertama kalinya dalam 250 tahun dan menyemburkan asap tebal serta batu panas.

Pihak berkuasa menaikkan amaran bahaya dari Tahap 2 hingga 3, kepada Tahap 5, iaitu yang tertinggi.

Letusan Gunung Io ini bermula semalam (19 Apr)tetapi sejauh ini tiada orang dilaporkan cedera atau kerosakan harta-benda. Namun para penduduk di sekitarnya sudah diarah berpindah.

Pihak berkuasa bimbang semburan batu-batu panas gunung itu boleh tercampak sejauh dua kilometer. Gunung Io setinggi hampir 1,300 meter dan terletak di banjaran gunung Krishima.

Beberapa pakar gunung berapi dilaporkan berkata seluruh banjaran gunung itu kini memasuki tahap semakin aktif.

Jepun mempunyai 110 gunung berapi aktif dan 47 daripadanya kini dipantau sepanjang masa. 

Sumber : Agensi berita/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan