Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung berapi Filipina muntahkan gas beracun, lebih 2,000 larikan diri

Lebih 2,000 orang melarikan diri untuk menyelamatkan diri daripada letusan gunung berapi yang mengeluarkan gas beracun ke udara, kata para pegawai pada Sabtu (3 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung berapi Filipina muntahkan gas beracun, lebih 2,000 larikan diri

Gunung Taal di Filipina (Gambar: AFP/Handout)

Diterbitkan : 03 Jul 2021 05:38PM Dikemas Kini : 03 Jul 2021 05:47PM

MANILA: Lebih 2,000 orang melarikan diri untuk menyelamatkan diri daripada letusan gunung berapi yang mengeluarkan gas beracun ke udara, kata para pegawai pada Sabtu (3 Jul).

Gunung Taal, yang terletak di tengah-tengah sebuah tasik yang indah, memuntahkan gas sulfur dioksida sejak beberapa hari lalu, menyebabkan jerebu tebal menyelubungi ibu kota Manila dan beberapa wilayah sekitarnya, serta mencetuskan amaran kesihatan.

Sekurang-kurangnya 2,400 orang telah meninggalkan rumah masing-masing sejak pemerintah mengarahkan penduduk di tepi tasik agar berpindah, kata pegawai bencana wilayah, Joselito Castro kepada AFP.

"Kami menjangkakan lebih ramai penduduk akan berpindah dalam beberapa hari mendatang," katanya, sambil menambah bahawa mereka mencari perlindungan sama ada di bangunansekolah yang ditutup dek pandemik koronavirus atau di rumah saudara-mara.

Taal terletak hanya 50 kilometer dari selatan Manila dan selama seminggu lalu telah mengeluarkan asap tebal dari gunung berapi yang mengaburkan langit di ibu kota.

Pegawai pertahanan awam memberi amaran lebih 317,000 orang mungkin terdedah kepada pelepasan gas beracun dari gunung berapi, berdasarkan ramalan senario terburuk letusan tersebut.

Taal adalah salah satu gunung berapi paling aktif di negara kerana terletak dalam kawasan digelar "Lingkaran Api Pasifik" - zon kegiatan seismik atau gempa bumi yang kuat.

Letusan terakhir dilaporkan pada Januari 2020 di mana abu setinggi 15 kilometer memenuhi ruang udara selain pengaliran lava, memusnahkan banyak rumah, membunuh ternakan dan menyebabkan lebih 135,000 orang dipindahkan.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan