Gunting tertinggal dalam perut selepas pembedahan 20 tahun lalu

(Gambar: Sinar Harian)
DHAKA: Pakar bedah di Hospital Chuadanga Sadar di Dhaka pada Isnin (17 Jan) berjaya mengeluarkan sebilah gunting yang tertinggal hampir 20 tahun dalam perut seorang wanita selepas menjalani pembedahan membuang
batu karang ketika itu.
Bachena Khatun, yang berasal dari Alamdanga, Bangladesh sebelum itu pernah mengadu mengalami sakit perut yang teruk sejak pembedahan pertama di sebuah klinik tempatan pada tahun 2002, menurut akhbar Sinar Harian.
Menurut keluarga Bachena, pembedahan membuang batu karang itu dilakukan oleh Doktor Waliur Naman Nayan di Klinik Raza di Gangni dalam daerah Meherpur.
Selepas seminggu pembedahan terbabit, Bachena yang kini berusia 55 tahun mengalami kesakitan teruk di bahagian perut sebelum kembali ke klinik sama dan doktor memintanya supaya tidak perlu risau mengenai kesakitan itu, seperti dinukil Sinar Harian.
Memandangkan kesakitan yang dialaminya berterusan, dia kemudian pergi menjalani pemeriksaan di klinik lain dan hasil imbasan X-ray mendapati terdapat sebilah gunting pembedahan dalam perutnya.
Atas nasihat doktor, wanita itu terpaksa melakukan pembedahan keduanya untuk membuang gunting tersebut yang tertinggal di dalam perutnya sejak dua dekad lalu, menurut Sinar Harian lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.