Guna Obsession Calvin Klein untuk perangkap harimau
Renjer hutan di India mungkin akan menggunakan 'senjata luar biasa' iaitu minyak wangi Obsession Calvin Klein untuk memerangkap harimau yang dipercayai membaham 13 mangsa sejak tahun 2016.
NEW DELHI: Renjer hutan di India mungkin akan menggunakan 'senjata luar biasa' iaitu minyak wangi Obsession Calvin Klein untuk memerangkap harimau yang dipercayai membaham 13 mangsa sejak tahun 2016.
Menurut laporan Daily Mail, operasi utama untuk menangkap harimau betina digelar 'Avni' di Maharashtra itu dilancarkan sejak sebulan lalu.
Pasukan peronda, kamera perangkap inframerah dan gajah juga gagal menjejaki haiwan tersebut.
Saintis di Amerika Syarikat mendapati bau minyak wangi 'Obsession for Men' itu dapat menarik perhatian harimau pada tahun 2013 kerana aroma sintetiknya, lapor Daily Mail.
"Ia adalah gabungan vanila yang mencetuskan rasa ingin tahu antara manusia dan haiwan," kata salah seorang perekanya, Ann Gottlieb.
Daily Mail difahamkan, minyak wangi itu digunakan untuk memerangkap harimau di Tamil Nadu.
"Ada pihak yang mencadangkan untuk menggunakan minyak wangi Calvin Klein untuk 'memikat' harimau tersebut.
"Ada pegawai kami telah membelinya dan ia adalah salah satu daripada eksperimen yang akan kami lakukan, namun keputusan masih belum dibuat," kata pegawai perhutanan, AK Mishra.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.