Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gudang mercun meletup di Narathiwat, 10 maut, 110 cedera

Anggaran Waktu Membaca:
NARATHIWAT: Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 110 cedera dalam kejadian letupan di gudang mercun dan piroteknik di Narathiwat, Thailand pada petang Sabtu (29 Jul).

Gabenor Narathiwat Sanan Pongaksorn berkata, letupan pada 3.30 petang (waktu tempatan) itu berlaku di Pasar Mundok, destinasi membeli-belah popular bagi rakyat Malaysia.

Beliau berkata letupan itu menyebabkan kerosakan, memusnahkan kedai dan menyebabkan bekalan elektrik terputus serta gangguan lalu lintas.

“Punca letupan masih dalam siasatan,” katanya.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu, setakat ini.

“Kami masih menunggu butiran dan maklumat daripada pihak hospital,” katanya.

Foto dan video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kerosakan membabitkan kenderaan, bangunan, rumah kedai dan kediaman di kawasan itu.

Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dan pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat. 

Mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Media tempatan melaporkan bahawa kebakaran dan letupan berterusan dan ramai mangsa terperangkap dalam runtuhan.

Timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata Perdana Menteri sementara Prayut Chan-o-cha menyeru agensi berkaitan untuk memberi bantuan segera kepada mangsa dan mereka yang terjejas akibat kejadian itu.
Sumber : Bernama/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan