Gua air batu runtuh di Iceland: 1 maut, 2 hilang
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock/Gestur Gislason)
REYKJAVIK: Seorang maut dan dua lagi masih hilang sehari selepas sebuah gua ais runtuh di bahagian tenggara Iceland ketika sebuah rombongan pelancong melawat kawasan itu, kata polis pada Isnin (26 Ogos).
Kumpulan terdiri daripada 25 orang daripada "berbilang bangsa" sedang menyertai satu lawatan berpandu di glasier Breidamerkurjokull bersama seorang pemandu pelancong, apabila gua itu runtuh, menurut polis dalam satu kenyataan.
Polis menyatakan bahawa empat orang terperangkap di bawah ais dan dua daripada mereka telahpun ditemui.
Pada Ahad (26 Ogos), pihak polis Sudurland menyatakan dua orang ditemui dengan kecederaan parah, namun menambah dalam satu lagi kenyataan pada awal Isnin bahawa satu daripada mereka "disahkan meninggal di tapak kejadian".
Seorang lagi dihantar ke hospital menggunakan helikopter dan berada dalam keadaan "stabil".
Khidmat penyelamat memulakan operasi pencarian buat dua orang yang masih hilang pada Ahad dan meneruskan operasi pada Isnin.
"Sebilangan besar penyelamat dan responden menyertai operasi itu," kata polis, yang menambah bahawa keadaannya "sukar".
Pihak berkuasa membuat keputusan untuk menghentikan operasi pencarian buat seketika pada malam Ahad apabila keadaan menjadi terlalu gelap dan dianggap tidak selamat.
Glasier di mana kemalangan itu berlaku berhampiran lagun glasier Jokulsarlon, salah satu tapak pelancongan yang popular di Iceland.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.