GTA Perak bakal tandingi 12 kerusi Parlimen, 21 DUN
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Astro Awani
IPOH: Gerakan Tanah Air (GTA) akan bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi GTA Perak Mohd Fauzi Zulkifli berkata calon-calon yang ditampilkan merupakan anak tempatan berpengaruh dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi serta mempunyai keakraban dengan masyarakat setempat.
"Calon Parlimen dan DUN GTA berpotensi tinggi untuk memenangi PRU15. Saya percaya usaha GTA menawan Perak mampu dicapai melalui penampilan calon profesional termasuk tokoh agamawan, peguam, doktor, pendidikan termasuk anak muda," katanya dalam kenyataan pada Jumaat (4 Nov).
Beliau berkata bagi kerusi Parlimen, GTA meletakkan Auzaie Fadzlan Shahidi yang merupakan anak muda setempat di Parlimen Larut manakala tokoh profesional Dr Yusmalia Mohamad Yusof pula bertanding di Parlimen Kuala Kangsar.
Menurutnya lagi, gabungan politik itu turut mencalonkan peguam Mior Nor Haidir yang juga Ketua Pejuang Negeri Perak di Parlimen Tapah, sementara Dr Faizol Fadzli di Parlimen Parit dan Parlimen Teluk Intan pula ditandingi Amir Khusyairi, seorang peguam yang mempunyai pengalaman bertanding sebelum ini.
"Di kerusi Parlimen Pasir Salak, kita mempertaruhkan seorang tokoh anak tempatan yang mempunyai kekuatan ilmu politik dan hubungan kemasyarakatan iaitu Zairol Hizam Zakaria," katanya.
Encik Fauzi berkata kerusi DUN pula antaranya ditandingi calon termuda berusia 25 tahun iaitu Dr Mahfuz Abdullah di Changkat Jong yang berpengaruh dan mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan selain berpotensi mengimbangi usaha mendapat Undi18.
Seorang tokoh belia, Aswannudin Hariffudin, selaku Setiausaha GTA Perak yang pernah menyandang jawatan Presiden Majlis Belia negeri dan kini aktif dalam Yayasan Anti Rasuah Malaysia negeri turut dicalonkan di DUN Teja.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.