GTA ditubuh untuk pengundi Melayu, kata Dr Mahathir Mohamad
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/ Dr Mahathir bin Mohamad
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia hari ini dikatakan bosan dengan situasi politik semasa, dan itu memungkinkan ramai di antara mereka tidak berminat untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum kali ini, kata bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Dakwa Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, lebih malang ialah apabila mereka tidak mengundi dan yang akan mengundi ialah golongan yang disogok oleh ‘perasuah’, lapor Astro Awani.
Kesannya, tambah Dr Mahathir, ialah parti perasuah tersebut akhirnya akan menang pada PRU akan datang, seterusnya mendirikan kerajaan, mengakibatkan kerosakan negara yang berterusan.
“Dalam PRN Melaka dan Johor hampir lima puluh peratus pengundi tidak mengundi. Dengan itu parti BN dengan sokongan hanya 35 peratus dari pengundi menang besar dan dirikan kerajaan.
“Masalahnya pengundi yang menolak sogokan tidak ada pilihan. Mereka juga tidak suka parti-parti lain yang bertanding,” katanya menerusi penulisan blog terbaru beliau bertajuk “Kenapa Gerakan Tanah Air (GTA) 2” yang diterbitkan pada Isnin (19 Sep).
Mengulas lanjut, pengerusi GTA itu berkata, beliau akur jika negara ingin elak dari memberi kemenangan kepada UMNO, pengundi perlu ada pilihan selain dari yang ada.
Jelasnya lagi, GTA ditubuh untuk pengundi, terutama bagi orang Melayu, memilih selain dari UMNO.
“GTA adalah parti Melayu yang terdiri dari ahli politik yang bersih dari jenayah. Pemimpin mereka tidak pernah didakwa di hadapan mahkamah, jauh sekali dari di penjara.
“GTA juga mempunyai ramai pemimpin yang berpengalaman. Hasrat GTA ialah untuk mendiri kerajaan yang hormati undang-undang dan perlembagaan negara. Mereka utamakan kepentingan bangsa, negara dan agama,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata, walaupun keahlian GTA terhad kepada orang Melayu, mereka juga akan berlaku adil kepada kaum-kaum lain, dan kerajaan yang akan didirikan, bakal mencermin masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia.
“Jelaslah dengan GTA bertanding, rakyat yang bosan dengan politik, dan ketidakstabilan negara sejak Langkah Sheraton, akan dapat memilih kerajaan parti Melayu selain dari parti UMNO.
“Sama-samalah kita pulihkan negara dan bangsa dari kerosakan kleptokrat. InsyaAllah,” katanya lagi, seperti dinukil Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.