Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

GST tidak akan dilaksanakan di M'sia pada Belanjawan 2023, umum Ahmad Maslan

Anggaran Waktu Membaca:
GST tidak akan dilaksanakan di M'sia pada Belanjawan 2023, umum Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Ahmad Maslan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia kekal untuk tidak memperkenalkan semula pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada Belanjawan 2023.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Ahmad Maslan mengakui, pelaksanaan sistem cukai itu mampu mengurangkan kegiatan ekonomi gelap sehingga 30 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), lapor Astro Awani.

Selain itu, Malaysia mencatat hasil mencecah RM60 bilion (S$18 bilion) daripada pelaksanaan GST.

"Untuk kali ini tidak akan dilaksanakan (GST) tetapi kita tidak tahu pada masa akan datang, itu kemudian kita bincang."

"Satu lagi, (pelaksanaan GST) bukan hanya menambah hasil kepada negara tetapi juga mengurangkan ekonomi gelap, ekonomi bayangan atau bawah tanah yang menyebabkan orang lari daripada cukai."

"GST boleh mengurangkang kadar cukai itu pada 30 peratus daripada GDP," katanya ketika sesi jawapan menteri bagi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu (22 Feb).

Beliau menjawab pertanyaan Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) yang meminta pandangan sama ada Kementerian Kewangan boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan semula GST dengan kadar yang lebih rendah antara dua hingga empat peratus bagi meningkatkan pendapatan Malaysia, menurut laporan Astro Awani.

Encik Ahmad (BN-Pontian) menjelaskan, setakat ini, dianggarkan 170 daripada 194 buah negara di dunia melaksanakan GST.

GST pada kadar enam peratus diperkenalkan pada 2015, sebelum ia dimansuhkan pada 2018.
 
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan