Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

GST akan dimansuhkan; perlembagaan persekutuan disokong, kata Mahathir

Calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya nanti akan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), lapor Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
GST akan dimansuhkan; perlembagaan persekutuan disokong, kata Mahathir

Gambar: Sumisha Naidu

Diterbitkan : 10 May 2018 03:02PM Dikemas Kini : 10 May 2018 03:05PM

PETALING JAYA: Calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya nanti akan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), lapor Malaysiakini.

Sebaliknya, kerajaan baru itu akan mengembalikan cukai lama iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum era perdana menteri keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita akan kembali ke SST,” kata Dr Mahathir di sidang media hari ini (10 Mei).

Pemansuhan GST turut dimuatkan dalam manifesto Pakatan Harapan dan ia dijanjikan dibuat dalam 100 hari pertama pentadbirannya.

PAKATAN HARAPAN SOKONG PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Ditanya sama ada pemerintahan Pakatan Harapan akan mencetuskan pandangan bahawa hak Melayu dan bumiputera semakin terhakis, Dr Mahathir menegaskan bahawa kesemua komponen parti sudahpun memeterai perjanjian untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan.

"Perlembagaan itu adalah dokumen menyeluruh yang menyatakan peranan agama, bahasa, perhubungan antara kaum Melayu, bukan Melayu dan yang lain. Kami sudah memeterai (perjanjian) untuk menyokong perlembagaan itu.

"Namun, MCA dan MIC tidak menandatangani dokumen (sebegitu)," ujar beliau, menurut laporan Malaysiakini.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan