Greenland boleh undi untuk sertai Rusia jika Trump tidak bertindak pantas: Pegawai kanan Rusia
Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev berkata penduduk Greenland boleh mengundi untuk menyertai Rusia jika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak bertindak pantas untuk mengamankan pulau Artik itu, lapor Interfax pada Isnin (12 Jan).
“Trump perlu pantas. Menurut maklumat yang belum dapat disahkan, dalam beberapa hari lagi mungkin akan ada referendum tergempar, di mana kesemua 55,000 anggota Greenland boleh mengundi untuk menyertai Rusia," lapor Interfax, yang menukil Encik Medvedev, mantan presiden Rusia.
"Dan kemudian berakhirlah. Tiada bintang kecil baharu pada bendera (Amerika Syarikat)."
Encik Trump mengulangi semula desakannya agar Amerika Syarikat mengambil alih Greenland, sebuah wilayah pentadbiran khas di Denmark, dengan alasan Washington perlu memilikinya untuk menghalang Rusia. Presiden Amerika itu berkata lokasi dan sumbernya menjadikan Greenland penting untuk keselamatan negara, yang mendorong bantahan tegas dari Denmark dan Greenland.
Walaupun Rusia tidak membuat tuntutan ke atas Greenland, ia sudah lama memantau peranan strategik pulau itu dalam keselamatan Artik, memandangkan kedudukannya di laluan Atlantik Utara dan kehadiran kemudahan pengawasan tentera dan angkasa lepas utama Amerika Syarikat di sana.
Kremlin tidak mengulas mengenai desakan baharu Encik Trump, tetapi menyifatkan Artik sebagai zon kepentingan dan strategik negara Rusia, ia menyatakan tahun lalu bahawa ia sedang memantau pertikaian melibatkan Greenland yang "agak dramatik" dengan teliti.
Pencerobohan Rusia pada tahun 2022 ke atas Ukraine memecahbelahkan banyak kerjasama Artik. Ketika perubahan iklim membuka laluan dan prospek sumber baharu, rantau ini menjadi lebih dipertikaikan.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.