Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Greece tuduh Turki sengaja biarkan ribuan pelarian ceroboh perairannya

Greece menuduh Turki sengaja membangkitkan kemarahannya dengan cuba mengarahkan bot-bot yang membawa para pelarian memasuki perairan Greece.

Anggaran Waktu Membaca:
Greece tuduh Turki sengaja biarkan ribuan pelarian ceroboh perairannya

Para pelarian kebanyakannya dari Syria, menunggu di bawah bendera Turki. (Gambar: REUTERS/Yagiz Karahan)

Diterbitkan : 03 Apr 2021 07:43AM Dikemas Kini : 03 Apr 2021 07:45AM

ATHENS: Greece menuduh Turki sengaja membangkitkan kemarahannya dengan cuba mengarahkan bot-bot yang membawa para pelarian memasuki perairan Greece.

Dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ankara.

Greece dan Turki tidak bersetuju atas beberapa isu, termasuk sumber-sumber tenaga di Mediterranean dan ketegangan antara sekutu-sekutu NATO itu memuncak tahun lalu apabila ribuan pelarian yang mencari perlindungan suaka di Turki cuba merentasi sempadan Greece.

Menteri Migrasi Notis Mitarachi berkata para pegawal pantai melaporkan terdapat beberapa insiden pada Jumaat (2 Apr), di mana pengawal pantai dan tentera laut Turki mengiringi bot-bot pelarian "ke sempadan Eropah, dalam usahanya untuk membangkitkan kemarahan" Greece.

"Tidak syak lagi bahawa para pelarian itu berlepas daripada pantai-pantai Turki dan memandangkan mereka disokong Turki, tidak berisiko," kata Encik Mitarachi dalam rakaman kenyataannya itu.

"Kami menggesa Turki supaya berhenti dan menghentikan provokasi tidak wajar ini."

Timbalan Menteri Ehwal Dalam Negeri Turki Ismail Catakli menjawab menerusi catatan di akaun Twitter, yang menuduh Greece memutarbelitkan insiden dan berbohong.

Encik Catakli menuduh Greece menghantar balik 231 pelarian dalam tujuh insiden yang berlaku semalam, sambil menambah Turki telah menyelamatkan mereka.

"Ini jenayah ke atas kemanusiaan untuk memfitnah para Pengawal Pantai Turki yang menyelamatkan orang-orang yang anda biarkan untuk mati. Ini memang sesuatu yang sudah dijangkakan!," tulis Encik Catakli.

Para pengawal pantai Greece menyatakan dalam satu insiden sebuah bot yang membawa para pelarian mencuba untuk memasuki perairan Greece semalam diiringi oleh kapal pengawal pantai Turki.

Dalam satu lagi insiden, dua kapal Turki mencuba untuk menolak bot kecil yang membawa para pelarian ke perairan Greece.

Dalam insiden ketiga di pulau Lesbos, sebuah kapal pengawal pantai Turki memasuki perairan Greece dan mengganggu sebuah bot ronda Greece, menurutnya.

Hampir sejuta pelarian, yang kebanyakannya warga Syria, Iraq dan Afghanistan cuba memasuki perairan Greece melalui Turki pada 2015 sejak bermula krisis migrasi Eropah.

Setahun kemudian, Kesatuan Eropah (EU) memeterai penjanjian dengan Ankara untuk mengawal kemasukan dan jumlahnya merosok dengan mendadak.

Encik Mitarachi meggesa Turki supaya "menepati" komitmen-komitmennya di bawah perjanjian tersebut. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan