Greece dilanda dua gempa bumi, cetus tanah runtuh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Google)
- Dua gempa bumi berukuran 4.8 dan 5.2 skala Richter melanda pulau Euboea di Greece pada 7 Jun, menurut laporan media tempatan.
- Gegaran pertama berlaku berhampiran Prokopi, diikuti gegaran kedua yang lebih kuat beberapa minit kemudian, dirasai hingga ke Athens.
- Akibat gempa, berlaku tanah runtuh di jalan berhampiran bandar Mantoudi serta kerosakan pada beberapa bangunan kediaman.
- Pihak berkuasa tempatan melaporkan dinding sebuah bangunan runtuh sepenuhnya, namun maklumat lanjut mengenai mangsa tidak dinyatakan.
LONDON: Gempa bumi berukuran 5.2 skala Richter melanda pulau Euboea atau Evia di Greece, mencetuskan kejadian tanah runtuh, lapor Anadolu Ajansi yang menukil media tempatan pada Ahad (7 Jun).
Gegaran pertama dengan magnitud 4.8 berlaku pada 12.58 tengah hari waktu tempatan (10.58 GMT), kira-kira enam kilometer ke selatan kawasan Prokopi di tengah Evia pada kedalaman lima kilometer, lapor penyiar awam ERT yang menukil pihak berkuasa.
Gempa bumi kedua yang lebih kuat bermagnitud 5.2 pula direkodkan pada pukul 1.02 tengah hari (11.02 GMT), dengan gegaran dirasai secara meluas di seluruh pulau itu serta sejauh ibu negara, Athens.
Gempa bumi itu turut menyebabkan berlakunya tanah runtuh di sepanjang jalan berhampiran bandar Mantoudi.
Menurut laporan, gempa berkenaan menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan kediaman, manakala dinding sebuah bangunan runtuh sepenuhnya.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.