Grab Malaysia agih 5,500 bubur lambuk sempena Aidilfitri
Anggaran Waktu Membaca:

Inisiatif itu dilakukan pasukan Grab Malaysia bersama para rakan pemandu dan rakan penghantar, dengan memasak dan mengedarkan juadah itu di 17 bandar. (Gambar: Grab Malaysia)
KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,500 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada masyarakat tempatan di 17 bandar seluruh Malaysia oleh Grab Malaysia, bagi berkongsi semangat penghujung Ramadan dan kedatangan Hari Raya Aidilfitri kali ini.
Grab dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa inisiatif itu dilakukan pasukan Grab Malaysia bersama masyarakat rakan pemandu dan rakan penghantar, dengan memasak dan mengedarkan juadah itu di 17 bandar termasuk Lembah Klang, Johor Bahru, Negeri Sembilan, Batu Pahat, Kluang, Muar, Melaka, Sungai Petani, Alor Setar, Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Kota Kinabalu, Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.
Selain itu, di Lembah Klang, Grab bersama GXBank dan masyarakat rakan pemandu dan rakan penghantar, telah menyediakan bubur lambuk dan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk rakan Grab, keluarga mereka dan kanak-kanak daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS), kanak-kanak daripada YIDE turut dibawa membeli baju Raya baharu untuk Syawal.
Selain itu, mereka turut dibekalkan dengan keperluan harian daripada Jaya Grocer bagi membantu meringankan beban kewangan.
Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti di Grab Malaysia Rashid Shukor dalam satu kenyataan yang sama berkata sebagai jenama tempatan, mereka amat menghargai dedikasi rakan pemandu dan rakan penghantar yang sentiasa berusaha lebih untuk berkhidmat kepada masyarakat.
“Pada Ramadan dan Raya ini, melalui inisiatif seperti pengagihan bubur lambuk dan membantu kanak-kanak kurang berkemampuan dengan baju Raya baharu dan keperluan harian, kami berharap dapat menyebarkan kegembiraan bukan sahaja kepada rakan kami tetapi juga kepada masyarakat umum.
“Lebih daripada sekadar tanda penghargaan, usaha ini mencerminkan komitmen kami untuk menyokong rakan kami di luar waktu mereka di jalan raya sambil memupuk hubungan yang bermakna pada musim perayaan ini,” katanya.
Tahun ini, sambutan Grab Malaysia yang bertemakan “Kebaikan Dalam Setiap Pesanan” telah merealisasikan beberapa inisiatif #GrabBersamaMalaysia yang direka untuk membalas jasa dan memupuk kebersamaan yang dirangka bersama masyarakat untuk masyarakat.
Justeru Encik Rashid berkata inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen Grab Malaysia dalam menyokong rakan pemandu dan rakan penghantar, memupuk semangat kebersamaan dan meraikan semangat kesyukuran dan kemurahan hati pada Hari Raya ini.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.