Skip to main content

Dunia

Gotabaya Rajapaksa isytihar menang Pilihan Raya Presiden Sri Lanka

Mantan Menteri Pertahanan Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa, yang menumpaskan kumpulan militan Tamil LTTE 10 tahun lalu, mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya presiden negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gotabaya Rajapaksa isytihar menang Pilihan Raya Presiden Sri Lanka

Gambar fail mantan menteri pertahanan Gotabaya Rajapaksa. (Gambar: REUTERS/Dinuka Liyanawatte)

Diterbitkan : 17 Nov 2019 07:42PM Dikemas Kini : 17 Nov 2019 07:44PM

COLOMBO: Mantan Menteri Pertahanan Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa, yang menumpaskan kumpulan militan Tamil LTTE 10 tahun lalu, mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya presiden negara itu.

Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan tetapi pesaing terdekatnya, Encik Sajith Premadasa, sudahpun mengaku kalah.

Bekas askar berpangkat Leftenan Kolonel, Gotabaya Rajapaksa, berusia 70 tahun, adalah adik kepada mantan Presiden Mahinda Rajapaksa yang berkuasa dari 2005 hingga 2015.

Keputusan rasmi kemenangan Encik Rajapaksa bakal diumumkan lewat malam ini (17 Nov) dan beliau dijadual angkat sumpah jawatan esok.

Perangkaan awal menunjukkan beliau mendahului dengan 51.9 peratus undi.

Pilihan raya Presiden pertama sejak siri serangan pengganas, yang meragut lebih 200 jiwa April lalu, merupakan satu ujian kepada sokongan pemerintah Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe.

Sumber : AFP/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita