Gordon Ramsay berkenan masakan Khairul Aming
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Astro Awani)
MALAYSIA: Pempengaruh media sosial kesayangan ramai, Khairul Aming, tidak menyangka salah satu video masakannya menarik perhatian cef selebriti terkemuka, Gordon Ramsay.
Menurut Khairulaming, beliau mula mengetahui perkara itu selepas bangun daripada tidur, menurut Astro Awani.
“Tadi saya bangun tidur selepas itu semua orang dok tag saya yang Gordon Ramsay react video masak."
"Wey seriuslah, saya harap dia tak makilah, saya takut dia marah saya,” katanya sambil ketawa.
Dalam video yang sama, Khairul Aming juga memberitahu hidangan pencuci mulut yang disediakan itu merupakan salah satu resipi Cef Gordon.
“Sebenarnya ini saya cuba resipi dia yang caramel sugar pudding kalau tak silap nama dia. Masa ini butter saya agak problem sedikit."
“Dia perasan wey sudu kayu, dia kata sudu kayu kecil, kena bagi lagi besar sedikit."
"Datang Malaysia nanti saya bagi sambal,” ujarnya berseloroh.
Sementara itu, Cef Gordon yang memuji teknik masakan Khairul Aming itu juga mendedahkan beliau bakal berada di Malaysia pada minggu hadapan, seperti dipetik laporan Astro Awani.
Terdahulu, Cef Gordon sangat dikenali sebagai cef ‘bermulut celupar’ kerana sering jujur dalam mengkritik makanan terutamanya hidangan yang tidak menepati kriteria yang diingininya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.