Google setuju bayar AS$68 juta susuli dakwaan dengar perbualan secara rahsia
Google bersetuju membayar AS$68 juta (S$85.7 juta) bagi menyelesaikan satu saman yang difailkan di Mahkamah Persekutuan California, susulan dakwaan bahawa teknologi pembantu suaranya, Google Assistant, mendengar perbualan peribadi secara rahsia, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
ISTANBUL: Google bersetuju membayar AS$68 juta (S$85.7 juta) bagi menyelesaikan satu saman yang difailkan di Mahkamah Persekutuan California, susulan dakwaan bahawa teknologi pembantu suaranya, Google Assistant, mendengar perbualan peribadi secara rahsia, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Saman yang difailkan pada 23 Januari itu mendakwa Google Assistant diaktifkan tanpa kebenaran pengguna dan merakam perbualan peribadi, yang kemudiannya dihantar ke pelayan Google.
Menurut aduan itu, peranti Android yang menggunakan Google Assistant direka untuk diaktifkan hanya selepas mengesan frasa pencetus seperti “Hey Google” atau “Okay Google”, namun pembantu itu kadangkala diaktifkan secara tidak sengaja.
Walaupun Google memproses arahan suara dengan menghantar rakaman ke pelayannya, saman itu mendakwa pengaktifan tidak disengajakan menyebabkan pengumpulan dan penghantaran perbualan peribadi tanpa pengetahuan pengguna.
Ciri pembantu itu tersedia pada pelbagai peranti, termasuk telefon Google, pembesar suara pintar, komputer riba, tablet dan fon kepala tanpa wayar.
Google memaklumkan yang ia bersetuju membayar AS$68 juta bagi mengelakkan prosiding litigasi.
Penyelesaian itu masih menunggu kelulusan Hakim Mahkamah Daerah Amerika Syarikat Beth Labson Freeman.
Dalam perkembangan berkaitan, pada 3 Jan, Apple turut bersetuju membayar AS$95 juta (S$119.7 juta) bagi menyelesaikan satu saman tindakan satu pihak yang mendakwa pembantu suara Siri mendengar perbualan peribadi dan melanggar privasi pengguna.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.