Skip to main content

Dunia

Google setuju bayar $2.4 bilion bagi lesen teknologi Windsurf, lapor WSJ

Google bersetuju untuk membayar sekitar $2.4 bilion (S$3.07 bilion) dalam satu perjanjian untuk mendapatkan lesen teknologi alat pengekodan berasaskan kecerdasan buatan (AI), Windsurf, lapor The Wall Street Journal pada Jumaat (11 Jul), memetik sumber yang mengetahui tentang perkara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Google setuju bayar $2.4 bilion bagi lesen teknologi Windsurf, lapor WSJ

Logo Google kelihatan di luar pejabat syarikat tersebut di London, Britain, pada 24 Jun 2025. (Gambar fail: REUTERS/Carlos Jasso)

CALIFORNIA: Google bersetuju untuk membayar sekitar $2.4 bilion (S$3.07 bilion) dalam satu perjanjian untuk mendapatkan lesen teknologi alat pengekodan berasaskan kecerdasan buatan (AI), Windsurf, lapor The Wall Street Journal pada Jumaat (11 Jul), memetik sumber yang mengetahui tentang perkara tersebut.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan tersebut dengan serta merta.

Pada Jumaat, jurucakap Google memaklumkan kepada Reuters bahawa syarikat itu sudah menggajikan Ketua Pegawai Eksekutif Windsurf, Varun Mohan, pengasas bersama Douglas Chen, serta beberapa anggota pasukan penyelidikan dan pengembangan alat pengekodan itu untuk menyertai bahagian DeepMind, dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya dalam persaingan kepimpinan AI.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita