Google Maps akan tukar nama 'Teluk Mexico' kepada 'Teluk Amerika' untuk pengguna Amerika
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: JOE RAEDLE / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)
WASHINGTON : Google Maps akan menukar nama "Teluk Mexico" kepada "Teluk Amerika" sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat, dedah syarikat itu dalam catatannya di X pada Isnin (27 Jan).
Perubahan itu akan dapat dilihat di Amerika Syarikat, tetapi ia akan kekal sebagai "Teluk Mexico" di Mexico.
Di luar kedua-dua negara itu, para pengguna Google Maps akan melihat kedua-dua nama tersebut.
Jabatan Dalam Negeri pentadbiran Presiden Donald Trump menyatakan pada Jumaat (24 Jan) bahawa ia secara rasmi menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika dan Denali di Alaska akan dinamakan sebagai Mount McKinley.
Google Maps, yang dimiliki oleh Google Alphabet, akan membuat perubahan serupa pada Mount McKinley.
Presiden Trump mengarahkan pertukaran nama itu sebagai sebahagian daripada perintah eksekutifnya beberapa jam selepas menyandang semula jawatan presiden pada Isnin lalu (27 Jan) bagi menepati janji-janjinya semasa berkempen dalam Pilihan Raya Presiden Amerika 2024.
"Seperti yang diarahkan oleh Presiden, Teluk Mexico kini secara rasmi akan dikenali sebagai Teluk Amerika dan puncak tertinggi Amerika Utara sekali lagi akan membawa nama Mount McKinley," menurut Jabatan Dalam Negeri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada minggu lalu.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.