Skip to main content

Dunia

Google lancar satelit dengan cip AI, uji prestasi di angkasa

Google melancarkan satelit prototaip ke orbit pada Khamis (1 Okt) untuk menilai bagaimana unit pemprosesan tensornya (TPU) beroperasi di angkasa, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Google lancar satelit dengan cip AI, uji prestasi di angkasa

Google akan mengumpul data operasi unit pemprosesan tensornya di angkasa bagi memperhalusi reka bentuk masa depan dan potensi pengendalian beban kerja kecerdasan buatan (AI) lebih besar. (Gambar: X/Google)

Diterbitkan : 03 Oct 2026 09:58AM
Google launches satellite carrying AI chip, tests performance in space
  • Google launched a prototype satellite carrying four TPUs into orbit on Thursday, Oct 1, through the joint SpaceX Transporter-18 mission.
  • The launch marks the start of Project Suncatcher with Planet Labs PBC to assess whether machine learning infrastructure can be deployed in space.
  • Google confirmed that the satellite is communicating and operating as expected, while data on physical stress, radiation and heat will be collected over the next few weeks.
  • The information will help with future designs, with the potential for small satellites in low-Earth orbit to handle larger AI workloads using solar power.
Dijana oleh AI
LOS ANGELES: Google melancarkan satelit prototaip ke orbit pada Khamis (1 Okt) untuk menilai bagaimana unit pemprosesan tensornya (TPU) beroperasi di angkasa, lapor Xinhua.

Satelit prototaip, yang membawa empat TPU Google, dilancarkan dalam misi bersama Transporter-18 SpaceX.

Menurut Google, pasukannya sudah mengesahkan hubungan dengan satelit tersebut dan ia beroperasi seperti yang dijangkakan.

Pelancaran itu adalah langkah pertama Projek Suncatcher iaitu projek penyelidikan jangka panjang yang dijalankan dengan kerjasama Planet Labs PBC untuk meneroka sama ada prasarana pembelajaran mesin boleh diadakan di angkasa lepas.

Dalam beberapa minggu akan datang, Google akan mengumpul data dalam orbit berhubung cara TPUnya mengendalikan tekanan fizikal, sinaran dan haba di angkasa.

Syarikat tersebut akan menggunakan maklumat berkenaan untuk memperhalusi reka bentuk masa depan.

Di orbit bumi yang rendah, satelit boleh mengakses cahaya matahari yang hampir malar, menjana sehingga lapan kali lebih kuasa suria daripada di bumi, menurut Google.

Pada masa hadapan, kumpulan kecil satelit berpotensi dihubungkan, bagi membolehkan pengendalian beban kerja AI yang lebih besar di orbit, menurut syarikat tersebut.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita